Sunday 30 September 2012

raya 2012 ..

ASSALAMUALAIIKUM ...
 oky ...di bawah nie..sume gammba saya dan sekeluarga beraya dkat kampung tanjung karang..
#gamba kampong kat JB xdek sebb kamera tertinggl kat umah..haha...sbb clumsy cgt ...#
 dkat Tnjung karang nnie pown gamba ckit sbb malas nak tngkap karena beraya....
tahun nie xdekla syiok cgt...sbb sedare sume xblek...so,we alone...
xmeriah cgt la ...biase2 je...xbising...senyap je...
kira boringla gak..hmm....xdek rezeki :'(

 kat belah kiri nie...gamba selepas solat ary raya...
yes,tema tahun nie warne itam...
panas gakla....
tpi lawa gak itam tue...look smart..
adek akuw lagi sorunk enta ke mane ...gy makan kowt...












                                          gamba ayah saya dan saya di umah kawan nenek ...posing maut!!!

                                        sepupu ku yg first time sambut raye bersama kamie.....comel kan..
                                        lupe lak nme dye sape...haha..

oky...tue jela yg akuw dpt ringkaskan dri pengalaman raya taon nie...
hopefully taon dpan raye agy meriah dri taon nie..amin  ......
okay..ASSALAMUALAIKUM ..!!

Saturday 9 June 2012


anak Datin Sammy baru jea balik dari ceramah agama.
sebaik saje sampai dirumah , dia terus berjumpa dengan ibu & bapanye.

Anak : mummy, daddy... saya ada berita baik ni.

... Ibu : ape dia, anakku ?

Anak : start esok, saya akan ke sekolah pakai tudung. Ustaz kata tadi, berdosa kalau tak tutup aurat, tau !

Ibu : kamu ni dah giler ke ? mana mummy & daddy nak letak
muka kalau kamu pakai macam tu ? mummy tak setuju !

Anak : saya tak kire mummy ! saya akan menurut perintah agama ! saya dah tak sanggup lagi nak tanggung dose saya ! mummy & daddy bukan tahu apa-apa pun !

Ibu : no ! mummy tetap tak setuju ! mummy tak nak, anakku !

Anak : saya tak kira ! saya nak jugak!

Bapa : Afiq , kamu tu lelaki. tudung hanya untuk kaum wanita. ustaz kamu tak cakap ke ?

Anak : ye ke ?

Thursday 7 June 2012

teka teki IMAM GHAZALI


Teka-teki Imam Ghazali rah.a
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

... Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “
waallahualam...

Tuesday 5 June 2012

Asslamualaikum!!
CIKGU...CIKGU ASHRAQ...
saya da wat blog nie cg...!
hahaha....penat tau...    :)